apa yang nak aku tulis di dalam blog aku ni sekadar renungan dan bertukar - tukar pendapat dengan mereka yang peka kepada isu penderaan kanak - kanak dan cuma ingin berkongsi pendapat dengan pembaca - pembaca.
aku pernah terbaca sebuah akbar yang memaparkan berita mengenai penderaan kanak- kanak berumur 1 tahun oleh ibu dan pasangan kekasihnya pada tahun lalu yang berlaku di negara amerika. berita ini cukup menyentap perasan aku, dan simpati kepada anak yang malang itu, kerana didera oleh ibunya dan kekasihnya yang mengakibatkan kematian anak kecil yang tak berdosa itu. ini cukup memilukan hati, budak yang masih kecil dan tidak tahu lagi erti hidup itu didera begitu kejam tanpa ada sedikit pun rasa belas kasihan .Di manakah sifat kemanusiaan mereka?. di manakah rasa belas kasih mereka?
dan pada hari ini, perkara itu turut berlaku di malaysia,oleh masyarakat aku sendiri.
seperti mana kita tahu mengenai kes penderaan syafia humairah kanak - kanak perempuan yang berumur 3 tahun didera sehingga si mangsa menemui ajalnya. berita ini cukup menyayat hati kepada kita semua. apalah salah si mangsa sehingga di dera sebegitu kejam, sehinggakan anak kecil itu tidak bernyawa lagi...
apa yang cuba aku kupas melalui isu ini ada akhlak masyarakat kita sendiri. dimana moral atau pun akhlak masyarakat kita kelihatan semakin hari semakin parah. dan seperti menjadi satu penyakit yang tak boleh lagi di bendung. mahupun di di kawal lagi. cuba kita berfikir sejenak di mana silapnya....
No comments:
Post a Comment