Friday, January 14, 2011

20 PEKARA YG PEREMPUAN TIDAK SUKA MENGENAI LELAKI

1. MENINGGIKAN SUARA
Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannye X bersalah..tolong la.. buang la sikap buruk 2...

2. MENGONGKONG
Itu X boleh, ini X boleh, sikit2 nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan pakaian apa yg boleh dan tak boleh dipakai…lg tension di buatnye.. Kalau
nak keluar ke kedai pun kena repot dulu.yg pasti semua kena repot kat dia, kalau tidak mulalah 2 ribut taufan melanda,yelaa…. pertengkaran akn berlaku hanya kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula klu aktiviti2 mereka di soal siasat oleh kekasih mereka…
cenne tu?

3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi klu cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburunye, mestilah rasa tak selesa @ rimas juga…Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot… Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.
Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya.. Jangan cemburu buta sudahlah,
klu dgn saya..mmg x la malas jugak nak layan kadang-kadang!

4. PANAS BARAN
Adoyaiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran…fuhhh!...rse smua gadis xnk dpt kekasih yg panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri -sendiri tapi tetap menyalahkan orang lain…asyik2 nk salahkan org lain…yg dia 2 x fkir plak ap yg dia buat.. Setakat kne tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Lg nk tjuk hero kat kaum yang lemah… Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana
setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai2 mengawalnye. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!..silap2 msuk kuar balai je gamatnye sb kes dera..
nayah cen tu..

5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita & ble buat pempuan pening2 lalat dibuatnye. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apalah juga, ini X… asyik menyedut asap je... Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini X… lg membawa kesan pada orang sebelah menyebelah.Kadang2 teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan teman lelakinye dia xnk teman lelakinye jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok…
x macho pon..

6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa
mempedulikan perasaan si gadis. Janji air muka terjaga depan kekasihnye…memang
hampehh!!!...Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita.
Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku
solo. Berterus-terang je la kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi kamu.

8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.rse2 bila masuk bab kawen mcm mne la 2??…kot2 dah buat”
family planning” nk kawen 4..memang bhaye org cmni

9. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak tesembur kuar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata.. tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!..silap2 ari bulan cik adik pun ikt sme..main cuci2 mata..huh’ cmne?

10. PERASAN
Adoyaiiii!!… lelaki ini cepat perasan
la terutamanya klu mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka prasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha …sedarlah dri 2 ckit!

11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga klu dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan
kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai…mne tau pendapat kaum wanita lg bernas.

12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika
berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

13. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya
‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah
perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan time ni keegoan lelaki tiba2 hilang pulak?!!

14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah juga klu dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya ni..Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak bole lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata.
Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama
berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam
‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak
bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang
tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia
terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda
yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya
ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari
nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda!
Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga buat malu dri sendri je!

Sunday, January 9, 2011

8 Ciri-ciri Lelaki Buruan Wanita

Mesti ramai lelaki2 di luar sana tidak tahu ciri2 lelaki bagaimanakah yang menjadi buruan setiap wanita.

Nak tahu rahsianya???....jom kita lihat sama2..adakah anda jejaka idaman setiap wanita??...atau sekadar jejaka tempelan semata2…

1.Yakin Pada Diri

Keyakinan diri adalaha yang paling penting, dan sering di cari oleh setiap wanita.jangan cepat meyerah kalah sebelum berbuat apa-apa, sebaliknya kamu harus memberikan alas an yang kukuh kenapa kamu tidak boleh melakukanya, yang penting alasan kamu itu adalah logic dan rasional ketika itu.selain itu juga, kamu haruslah kuat berusaha dan belatih bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.

*jika ini tiada dalam diri kamu, cuba belajar bagaimana untuk meyakinkan diri sendiri,pasti kamu akan menjadi buruan setiap wanita


2.Pandai Buat lawak

Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. lebih teruk kalau tersengeh-sengeh tak tentu fasal. Ingat untuk menjadi seorang yang kelakar tak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar Berlawak secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan hatinya. Lawak bersahaja itulah yang membuatkan si dia akan terua merindui kamu.

* kamu tidak tahu bagaimana nak buat lawak secara sepontan?..belilah majalah2 berbentuk lawak jenaka.



3. Romantik

Wanita sebenarnya menginginkan seorang lelaki yang romantik. Ingat, romantik bukanya gatal atau miang tau!....lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata yang boleh membuatkannya ingat kepada kamu. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. walapun seseorang wanita itu kelihatan ‘rugged’ atau agresif,tapi mereka dalam bab memilih teman lelaki, kebanyakan mereka akan memilih yang romantik.

*selalunya ramai wanita inginkan lelaki yang romantic seperti dalam cerita2 atau movie yang mereka tonton..



4. Wang

Walaupun wang bukanlah segala2nya.tapi kewujudannya itu Tidak boleh disangkal lagi bagi wanita bersifat materialistik atau mata duitan. Mereka hanya mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak sahaja. Selain bekerja, kamu juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu kamu menjadi kaya suatu hari nanti. Belilah baju atau kasut jenama, kamu bakal mencuri pandang wanita. biar papa asal bergaya. papa dalam hal ini adalah kamu perlu menyesuaikan diri dengan gaya orang kaya. Biar terpaksa mengeluarkan wang yang lebih sedikit, namun hasilnya hanya kamu yang mendapat nikmatnya. Umpama membeli kereta BMW walaupun tanpa aksesori, ia tetap di lihat gah berbanding dengan kereta biasa yang penuh dengan aksesori.

*tetapi tidak semua perempuan adalah materialistic, kekadang ada wanita yang inginkan aset2 untuk menjamin masa depannya kelak nanti iaitu apabila sudah berkhawin.

5. Bijak

Wanita sering mengimpikan mendapat seorang lelaki yang berpenddikan dan berpengetahuan. Jika kamu berasakan kamu kurang bijak, mungkin kamu boleh mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa kamu mendengar berita CNN dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semesti kamu adalah seorang ahli akademik. caranya, baca ulasan buku seolah-olah kamu telah membaca keseluruhan buku tersebut.

*yang paling penting peka terhadap keadaaan sekeliling dan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

6. Sensitif.

Setiap kali pasangan kamu bercakap, dengarlah dengan khusyuk sambil memandang bola mata hitamnya. malah mungkin kamu boleh berkata ” saya memahami perasaan awak” dan cuba untuk meredakan perasaannya ketika itu.tetapi janganlah pula kamu terikut menjadi lemah sebaliknya cuba menampakkan diri kamu seorang yang boleh menjadi pelindung kepadanya.

*belajar untuk memahami wanita,dan cuba belajar bagaimana cara untuk memujuk wanita ketika dia sedih, marah,geram dengan cara yang betul.

7. Suka Kanak-Kanak

Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kenak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Apabila si dia membelai kanak-kanak yang di temuinya. kamu memberikan perhatian kepadanya. Selepas itu kamu pula boleh mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu. perbuatan kamu ini secara tidak langsung akan memperlihatkan yang kamu memang layak menjadi bapa yang penyayang.

*jangan hanya dihadapanya sahaja tau..menyesal nanti..

8. Bijak Berdandan

Lelaki juga kena pandai merawat atau memanjakan tubuh. bagi yang mempunyai kulit berminyak, kamu perlu meluangkan masa untuk melakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain muncul. Selain berpakaian kemas dan sesuai. Kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. pendek kata, kebersihan tubuh mesti di jaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan kamu dan si dia nanti.

*bergaya tetapi kemas..jangan bergaya tapi serabut.buat sakit mata dia memandang kena pandai bergaya.



Apapun, tiada lelaki yang sempurna, namun kamu boleh berpura-pura menjadi sempurna. perlu di ingatkan, kamu semestinya mempunyai kelebihan yang tertentu. Jadi, gunakan kelebihan itu dengan sebaik mungkin. yang penting kamu mampu melakukan sesuatu yang terbaik. Sementara yang selebihnya kamu bolehlah berpura-pura. Jika segalanya berjalan lancar dan hatinya sudah berjaya di tawan, tidak mustahil si dia akan menjadi permaisuri hidupmu.





Sunday, January 2, 2011

24 ciri-ciri orang mencintai kamu


  1. Orang yang mencintai kamu tidak tahu menjelaskan kenapa dia mencintai kamu.cuma Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih lain, dia akan memdoakan kebahagia kamu.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, kerana di hati dan matanya kamu la yang tercantik.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari, dia juga ingin tahu kegiatan harian yang kamu lakukan setiap hari.
  5. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. orang yang mencintai kamu akan mengingati bilakah tarikh hari lahir kamu dan dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada kamu atau mengirim SMS kepada kamu.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, baginya itu adalah kenangan terindah bersama kamu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari apa yang kamu suka.
  10. jika kamu berjumpa atau berbual dan terdengar kamu sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia mengambil berat tentang kesihatan kamu.
  11. Jika kamu menghadapi ujian, atau sebarang urusan dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. orang yang mencintai kamu akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu berhati -hati selalu jika kamu tiada disampingnya.
  16. dia akan benar-benar takut jika kehilangan kamu.
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefon kamu ketika kamu telah terlelap Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu merindukan kamu setiap waktu.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. jika kamu melihat handphone-nya nama kamulah yang menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. dan Dia akan menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. jika kamu sudah tidak mencintainya lagi dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu walaupun tindakannya itu akan meyakitkan tapi demi kamu dia terpaksa agar kamu bahagia selalu walaupun bukan bersamanya lagi.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
" pernahkah kamu mengalami situasi seperti di atas? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal untuk waktu yang lama dalam hidup kamu!"

bila cinta bertasbih...

Alam percintaan memang indah untuk mereka yang mengalaminya,dan satu anugerah daripada ALLAH bagi yang mengetahuinya...

CINTA..??? apakah maksud CINTA??

adakah bermaksud suka?? atau bermaksud sayang??...
mari kita lihat melalui definisi al-quran, masyarakat dan juga dari pandangan islam itu sendiri...

Definisi CINTA Dalam Al Qur’an

Kata cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki arti yang sama yaitu menyukai, senang, menyayangi.

Sebagaimana dalam QS Ali Imron : 14;Hubb adalah suatu naluri yang dimiliki setiap manusia tanpa kecuali baik manusia beriman maupun manusia durjana.


Dalam fil gharibil Qur’an dijelaskan bahwa hubb sebuah cinta yang meluap-luap, bergejolak seperti cinta kepada ALLAH. Sedangkan Wudda adalah cinta yang berupa angan-angan yang akhirnya dilupakan .


selain itu juga terdapat pelbagai persepsi yang di berikan oleh setiap orang mengenai cinta contohnya...

pandangan orang lain tentang CINTA
  • "ia satu perasaan yang medorong untuk menyayangi seseorang"
  • " cinta itu indah bila kita memilikinya , dan seksa bila kehilangannya"
  • "jika kita benar-benar mencintai seseorang kita tidak akan pernah berhenti memikirkan maka itu la cinta"

dan pelbagai lagi persepsi orang lain tentang cinta, selain itu, terdapat juga maksud atau difinisi cinta dari sudut pandangan islam itu sendiri

pandangan islam tentang CINTA
  • "Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka."
  • "cinta itu merupakan fitrah manusia...siapa yg tidak mahu dicintai dan mencintai...tetapi biarlah mencintai seseorang keranaNya, kerana dengan itu Allah akan memelihara cinta itu dalam keredhaanNya"

bagi saya, maksud cinta agak luas dan amat mendalam dan sukar untuk di luahkan melalui perkataan..tapi hanya boleh di rasakan oleh mereka yang megalaminya.seperti timbulnya perasaan kasih sayang dalam diri seseorang.


begitu juga cinta kepada ALLAH..yang tidak boleh dilihat,disentuh, mahupun dihidu..tetapi hanya boleh dirasa melalui hati dan perasaan yang mendalam iaitu bagi mereka yang telah menerima cinta dari-Nya.. sungguh bertuah insan itu kerana memperolehi cinta dari ALLAH...kita??..


cinta sesama manusia,akan pudar dan hilang satu ketika nanti..tapi cinta kepada ALLAH akan kekal untuk selama2nya...tapi kita jarang menghargai cinta dari ALLAH...sungguh ruginya kita kerana tidak menghargai cinta dari ALLAH.

kita juga jarang mengatakan cinta kita kepada ALLAH...seperti kita megatakan kepada sesama insan...

cinta dari ALLAH tidak akan mebuat seseorang itu merana...tapi cinta kepada sesama insan akan membuat kita merana...

Tuesday, December 28, 2010

AZAM TAHUN BARU

Tak terasa plak tahun 2010 akan melabuhkan tirainya...hurm.. dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru....tahun 2011..........hooreeyyy!!!!....

pelbagai agenda yang cuba aku rangka dan pelbagai azam yang cuba aku buat untuk memenuhi tahun 2011 aku nanti.hehehe...

salah satu azam aku dalam tahun 2011 ini, aku cuba mempelajari selok-belok bidang business. aku saja nak cuba tuk persediaan dalam kerjaya kelak aku nanti.

okey kita berbalik dengan cerita 2010..
sebelum kita meninggalkan tahun 2010 ini, cuba kte imbas balik pelbagai perkara yang berlaku dalam tahun 2010. seperti isu JHEAINS kuatkuasa udang-undang murtad tahun depan,isu piala suzuki AFF,isu pinjaman ptptn, dan juga kes kemalangan jalan raya pada hari natal.


dalam banyak isu semasa ,aku cukup tertarik dengan isu penguatkuasa undang2 murtad yang akan di lakukakan tahun depan, bukan apa, dari penelitian aku...sekarang ini isu agama dan menjadi isu hangat..semoga dgn kehadiran tahun 2011 ini isu agama boleh la dibendung.

dari apa yang aku lihat, melalui berita sepanjang tahun 2010 ini..kes jenayah la mendapat rangking tertinggi.tak tahu la bila kadar jenayah di malaysia ni berkurang.. entah la, dari apa yang aku lihat ia semakin bertambah tiap tahun...hurmmm....

apa pun,segala kenangan indah yang aku lalui dalam tahun 2010 akan aku simpan dalam ingatanku,lebih- lebih lagi kenangan "campus life"....(^_^)...manakala kenangan pahit akan aku jadikan sebagai pengajaran.



ini la kami ini la cara kami...."DUNIA KAMI"


ad ciri2 C.E.O tak??..kikiki



bersama member ketika meyambut megaraya di faculty fitm...



ini lah "HOSTEL KU...RUMAH KU"




gambar kenangan lepak2 kat MCD kuang...b4 blik unisel...(^_^)



kenangan di hadapan dewan PKP bersama member UNISEL...










Sunday, December 26, 2010

UNISEL life


Di sini la tempat aku bergelar student...

Di sini la aku mengenal erti perjuangan hidup...

Di sini la aku mengenal apa itu technology...

Di sini la jg aku belajar untuk berdikari...

Di UNISEL ini la aku memahami maksud "kejar la ilmu sampai ke negara china"...


Monday, March 1, 2010

anak kecil itu...

apa yang nak aku tulis di dalam blog aku ni sekadar renungan dan bertukar - tukar pendapat dengan mereka yang peka kepada isu penderaan kanak - kanak dan cuma ingin berkongsi pendapat dengan pembaca - pembaca.

aku pernah terbaca sebuah akbar yang memaparkan berita mengenai penderaan kanak- kanak berumur 1 tahun oleh ibu dan pasangan kekasihnya pada tahun lalu yang berlaku di negara amerika. berita ini cukup menyentap perasan aku, dan simpati kepada anak yang malang itu, kerana didera oleh ibunya dan kekasihnya yang mengakibatkan kematian anak kecil yang tak berdosa itu. ini cukup memilukan hati, budak yang masih kecil dan tidak tahu lagi erti hidup itu didera begitu kejam tanpa ada sedikit pun rasa belas kasihan .Di manakah sifat kemanusiaan mereka?. di manakah rasa belas kasih mereka?

dan pada hari ini, perkara itu turut berlaku di malaysia,oleh masyarakat aku sendiri.
seperti mana kita tahu mengenai kes penderaan syafia humairah kanak - kanak perempuan yang berumur 3 tahun didera sehingga si mangsa menemui ajalnya. berita ini cukup menyayat hati kepada kita semua. apalah salah si mangsa sehingga di dera sebegitu kejam, sehinggakan anak kecil itu tidak bernyawa lagi...

apa yang cuba aku kupas melalui isu ini ada akhlak masyarakat kita sendiri. dimana moral atau pun akhlak masyarakat kita kelihatan semakin hari semakin parah. dan seperti menjadi satu penyakit yang tak boleh lagi di bendung. mahupun di di kawal lagi. cuba kita berfikir sejenak di mana silapnya....