Sunday, January 9, 2011

8 Ciri-ciri Lelaki Buruan Wanita

Mesti ramai lelaki2 di luar sana tidak tahu ciri2 lelaki bagaimanakah yang menjadi buruan setiap wanita.

Nak tahu rahsianya???....jom kita lihat sama2..adakah anda jejaka idaman setiap wanita??...atau sekadar jejaka tempelan semata2…

1.Yakin Pada Diri

Keyakinan diri adalaha yang paling penting, dan sering di cari oleh setiap wanita.jangan cepat meyerah kalah sebelum berbuat apa-apa, sebaliknya kamu harus memberikan alas an yang kukuh kenapa kamu tidak boleh melakukanya, yang penting alasan kamu itu adalah logic dan rasional ketika itu.selain itu juga, kamu haruslah kuat berusaha dan belatih bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.

*jika ini tiada dalam diri kamu, cuba belajar bagaimana untuk meyakinkan diri sendiri,pasti kamu akan menjadi buruan setiap wanita


2.Pandai Buat lawak

Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. lebih teruk kalau tersengeh-sengeh tak tentu fasal. Ingat untuk menjadi seorang yang kelakar tak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar Berlawak secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan hatinya. Lawak bersahaja itulah yang membuatkan si dia akan terua merindui kamu.

* kamu tidak tahu bagaimana nak buat lawak secara sepontan?..belilah majalah2 berbentuk lawak jenaka.



3. Romantik

Wanita sebenarnya menginginkan seorang lelaki yang romantik. Ingat, romantik bukanya gatal atau miang tau!....lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata yang boleh membuatkannya ingat kepada kamu. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. walapun seseorang wanita itu kelihatan ‘rugged’ atau agresif,tapi mereka dalam bab memilih teman lelaki, kebanyakan mereka akan memilih yang romantik.

*selalunya ramai wanita inginkan lelaki yang romantic seperti dalam cerita2 atau movie yang mereka tonton..



4. Wang

Walaupun wang bukanlah segala2nya.tapi kewujudannya itu Tidak boleh disangkal lagi bagi wanita bersifat materialistik atau mata duitan. Mereka hanya mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak sahaja. Selain bekerja, kamu juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu kamu menjadi kaya suatu hari nanti. Belilah baju atau kasut jenama, kamu bakal mencuri pandang wanita. biar papa asal bergaya. papa dalam hal ini adalah kamu perlu menyesuaikan diri dengan gaya orang kaya. Biar terpaksa mengeluarkan wang yang lebih sedikit, namun hasilnya hanya kamu yang mendapat nikmatnya. Umpama membeli kereta BMW walaupun tanpa aksesori, ia tetap di lihat gah berbanding dengan kereta biasa yang penuh dengan aksesori.

*tetapi tidak semua perempuan adalah materialistic, kekadang ada wanita yang inginkan aset2 untuk menjamin masa depannya kelak nanti iaitu apabila sudah berkhawin.

5. Bijak

Wanita sering mengimpikan mendapat seorang lelaki yang berpenddikan dan berpengetahuan. Jika kamu berasakan kamu kurang bijak, mungkin kamu boleh mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa kamu mendengar berita CNN dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semesti kamu adalah seorang ahli akademik. caranya, baca ulasan buku seolah-olah kamu telah membaca keseluruhan buku tersebut.

*yang paling penting peka terhadap keadaaan sekeliling dan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

6. Sensitif.

Setiap kali pasangan kamu bercakap, dengarlah dengan khusyuk sambil memandang bola mata hitamnya. malah mungkin kamu boleh berkata ” saya memahami perasaan awak” dan cuba untuk meredakan perasaannya ketika itu.tetapi janganlah pula kamu terikut menjadi lemah sebaliknya cuba menampakkan diri kamu seorang yang boleh menjadi pelindung kepadanya.

*belajar untuk memahami wanita,dan cuba belajar bagaimana cara untuk memujuk wanita ketika dia sedih, marah,geram dengan cara yang betul.

7. Suka Kanak-Kanak

Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kenak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Apabila si dia membelai kanak-kanak yang di temuinya. kamu memberikan perhatian kepadanya. Selepas itu kamu pula boleh mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu. perbuatan kamu ini secara tidak langsung akan memperlihatkan yang kamu memang layak menjadi bapa yang penyayang.

*jangan hanya dihadapanya sahaja tau..menyesal nanti..

8. Bijak Berdandan

Lelaki juga kena pandai merawat atau memanjakan tubuh. bagi yang mempunyai kulit berminyak, kamu perlu meluangkan masa untuk melakukan perawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain muncul. Selain berpakaian kemas dan sesuai. Kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. pendek kata, kebersihan tubuh mesti di jaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan kamu dan si dia nanti.

*bergaya tetapi kemas..jangan bergaya tapi serabut.buat sakit mata dia memandang kena pandai bergaya.



Apapun, tiada lelaki yang sempurna, namun kamu boleh berpura-pura menjadi sempurna. perlu di ingatkan, kamu semestinya mempunyai kelebihan yang tertentu. Jadi, gunakan kelebihan itu dengan sebaik mungkin. yang penting kamu mampu melakukan sesuatu yang terbaik. Sementara yang selebihnya kamu bolehlah berpura-pura. Jika segalanya berjalan lancar dan hatinya sudah berjaya di tawan, tidak mustahil si dia akan menjadi permaisuri hidupmu.





2 comments: