Sunday, January 2, 2011

24 ciri-ciri orang mencintai kamu


  1. Orang yang mencintai kamu tidak tahu menjelaskan kenapa dia mencintai kamu.cuma Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih lain, dia akan memdoakan kebahagia kamu.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, kerana di hati dan matanya kamu la yang tercantik.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari, dia juga ingin tahu kegiatan harian yang kamu lakukan setiap hari.
  5. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. orang yang mencintai kamu akan mengingati bilakah tarikh hari lahir kamu dan dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada kamu atau mengirim SMS kepada kamu.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, baginya itu adalah kenangan terindah bersama kamu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari apa yang kamu suka.
  10. jika kamu berjumpa atau berbual dan terdengar kamu sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia mengambil berat tentang kesihatan kamu.
  11. Jika kamu menghadapi ujian, atau sebarang urusan dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. orang yang mencintai kamu akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu berhati -hati selalu jika kamu tiada disampingnya.
  16. dia akan benar-benar takut jika kehilangan kamu.
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefon kamu ketika kamu telah terlelap Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu merindukan kamu setiap waktu.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. jika kamu melihat handphone-nya nama kamulah yang menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. dan Dia akan menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. jika kamu sudah tidak mencintainya lagi dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu walaupun tindakannya itu akan meyakitkan tapi demi kamu dia terpaksa agar kamu bahagia selalu walaupun bukan bersamanya lagi.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
" pernahkah kamu mengalami situasi seperti di atas? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal untuk waktu yang lama dalam hidup kamu!"

No comments:

Post a Comment